\\L Lover
D'owner!

Hello, I'm le Miss196 @ Nora Fifiey. Just be yourself :')




Entries About Linkies Stuff


Taggie Board!


Credits!

Template: Miss Squirrel
Big Helped: Nurul Atiqah


Mencari Makna Sebenar Kemanisan Cinta

Photobucket
xnak cakap byk malam nie just nak kongsi nie jaa, kalau siapa yg dh tgk di ... xpa, cuma boleh ingat2 balik apa yg dh baca dulu tuu. 

okay, baca nie sampai habis tauu :)

Cinta itu manis apabila terletak pada tempatnya. Manisnya mengalahkan kemanisan madu yang dibawa lebah lebah pada sarangnya. Cinta bertambah manis apabila ada keindahan dan ketenangan yang subur dalam hati. Mungkin pada masa itu hakikat sebenar cinta dapat kita rasai.

Tetapi masih adakah cinta seperti itu?

Kamarul kawan serumah aku pernah berkata kepada aku bukankah cinta kepada manusia juga manis. Manisnya pula lebih manis daripada madu. Cinta bertambah manis apabila si polan itu memberikan cintanya. Cinta bertambah manis apabila si gadis memberikan manjanya. Bukankah itu cinta sebenar yang di cari? Si uda dan dara merasai kenikmatan cinta bersama sama.

Memang benar cinta sesama manusia itu hanya sebentar, seketika dan sekejap sahaja. Tetapi ingat Azlan kau juga pernah jatuh cinta, kau juga pernah ada perasaan untuk di cinta dan menyintai. Salahkah bercinta? biasalah zaman remaja ini fitrahnya ingin mencinta dan menyintai. Remaja adalah zaman untuk merasai keseronokan bercinta." Azlan aku dengar cinta kau dulu tidak kesampaian". Hahahahahaha...Dia gelakkan begitu kepada aku.Aku diam seketika.

Ya, benar aku pernah merasai perasaan cinta. Perasaan itu indah sekali. Indahnya tidak dapat aku bayangkan dengan kata kata. Ketika itu aku tidak ingat siapa kawan aku, ibu bapa aku, adik beradik aku hatta aku tidak ingat berapa kalikah aku menelefon ibu aku untuk bertanya khabar. Ketika itu cinta aku amat indah sekali. Aku seperti lupa untuk makan dan minum, aku seperti lupa siapakah dia Mohd Azlan Ismail yang sebenar.

"Baru kau tahu apa itu cinta". Habis kenapa engkau beriya sangat mahu menegakkan benang yang basah. Engkau juga sama seperti aku. Cuma aku masih belum melafazkan aku cinta padanya. Aku amat suka padanya. Matanya, hidungnya serta warna kulitnya lah membuatkan aku terpikat kepadanya. Tutur katanya amat sopan dan pada aku dia adalah wanita yang tiada tolok bandingnya. Jika aku bawa dia jumpa mak aku pasti mak dan abah aku berkenan". Jelas Kamarul.

Kamarul sebenarnya aku tidak menegakkan benang yang basah. Tetapi jika itu maksud kau aku tidak membantah. Benar pada masa itu aku tersilap langkah. Aku mat mencintainya kerana merasakan dia amat sempurna untuk aku. Aku terasa bahagia apabila bersamanya. Bersamanya walaupun tiga jam aku merasakan seperti tiga minit! ketika itu aku merasakan bahawa betapa nikmatnya merasai perasaan mencintai.

Kamarul, akhirnya aku sedih dan merana.

Merana kerana rupanya cinta yang aku berikan padanya tidak diberikan cinta olehnya. Dia hanya menganggap aku kawan baik. Tidak lebih pada itu. Jauh sekali dia mencintai aku. Jauh sekali dia merasakan kenikmatan manisnya cinta seperti yang aku rasai. Wahai kamarul rupanya aku bertepuk sebelah tangan. Aku sangka cinta yang aku berikan padanya mampu menjadi cinta kekal abadi. Cinta seperti Cinderella.

Kamarul, aku tahu betapa sekarang kau begitu mengharapkan cinta kau di balasnya. Ketika ini kau sanggup lakukan apa saja untuknya. Bahkan aku percaya jika ada lautan api pun kau sanggup merenanginya bahkan menyelam di dasarnya semata mata kerana cinta kau itu. Tetapi ingatlah, cinta sesama makhluk itu tidak kekal abadi. Ianya seperti hari ini kau memiliki seorang anak perempuan yang cantik, dari kecil kau menjaganya, tiba masanya dia berkahwin kau serahkannya juga kepada suaminya. Cinta sesama makhluk itu akan berkecai dimamah oleh masa, jarak dan kematian.

Sebaliknya cinta kepada Allah itu kekal abadi. Walau sedikit cinta yang kau berikan kepada Allah tetapi balasan cinta Allah lebih banyak daripada balasan cinta yang makhluk berikan kepada engkau. Inilah hakikat cinta yang sebenar. Memang sukar mencari cinta yang sebenar. Kau perlu mencari dan melalui ujian untuk mendapat cinta ini. Cinta kepada Allah memerlukan pengorbanan. Rasulullah dan sahabat sahabat baginda dahulunya berkorban untuk mendapatkan cinta jenis ini. Semakin dalam korban mereka semakin bercahayalah ruang syurga yang menanti mereka. Ianya seperti kau menggali tanah untuk mendapatkan berlian atau emas yang berkualiti. Semakin dalam tanah yang digali semakin berkualiti dan mahal harga berlian dan emas itu.

Benarkah begitu Azlan?

Aku akan cuba untuk mencari cinta sebenar itu. Aku masih banyak kekurangan. Aku tahu masih banyak yang perlu aku lakukan untuk mendapatkan cinta ini. Aku ingin sekali merasai kenikmatan cinta Ilahi. Aku mahu tahu apakah rasa sebenar kemanisan iman itu. Apa yang aku mahu sekarang adalah mencari makna sebenar kemanisan cinta.

nota: Kamarul adalah bukan nama sebenar.

++ Manisnya ketika merasai kebesaran Allah masuk dalam hati. Jiwa menangis bukan kerana luka atau sedih akan hal dunia tetapi jiwa menangis kerana masih dapat merasai kehebatan dan kebesaran Allah.

Iman yakin yang sebenar adalah yakin bahawa Allah itu berkuasa dan makhluk langsung tidak berkuasa.

Semoga hakikat cinta sebenar dapat kita kecapi. 

dah habis ? BAGUS ! kby